Tuesday, December 6, 2022

ABIM Sarawak kini di bawah ROY, terdapat 13 cawangan

Secara Rawak

KUCHING: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak hari ini memaklumkan bahawa pendaftarannya kini adalah di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.

Yang Dipertuanya, Muhammad Hazim Azhari berkata, ROY telah mengeluarkan perakuan pendaftaran bagi 13 entiti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak pada 2 Ogos lalu.

Pendaftaran ABIM peringkat kebangsaan dan di negeri-negeri lain di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) telah pun berlaku sejak tahun 2007 lagi, ketika ROY dan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 mula diperkenalkan.

Sebelumnya, ABIM berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Bagaimanapun atas perkiraan dan ijtihad kepemimpinan ABIM negeri Sarawak ketika itu yang mengambil kira situasi dan kepentingan semasa, maka pendaftaran ABIM Negeri Sarawak dikekalkan di bawah ROS.

“Status pendaftaran tersebut terus aktif sehinggalah pada tahun 2017, kepemimpinan ABIM semasa mengambil keputusan untuk mendaftarkan ABIM negeri Sarawak di bawah ROY dan menyegerakan proses pendaftarannya.

Katanya, tindakan memohon klarifikasi status pendaftaran ABIM Sarawak di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah dibuat dan permohonan menggugurkan ABIM Sarawak daripada daftar ROS telah diluluskan.

“Seterusnya, kebenaran penubuhan ABIM Sarawak di bawah ROY dipohon dan sijil kebenaran penubuhan telah dikeluarkan bagi membolehkan 13 entiti ABIM di Sarawak menjalankan mesyuarat penubuhan.

“Minit Mesyuarat Penubuhan bersama-sama borang tertentu telah dilengkapkan dan telah dihantar dan diterima oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia KBS Putrajaya pada 9 Julai 2018.

Pendaftaran ini katanya, adalah selari dengan peruntukan dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

Berikut adalah 13 entiti ABIM di Sarawak kini telah dilulus dan diperakui pendaftarannya:

1. ABIM Negeri Sarawak (peringkat negeri) : PPBM : CN0028/13/18/1197
2. ABIM Daerah Kuching (peringkat daerah) : PPBM : CD0028/13/18/1196
3. ABIM cawangan Satok : PPBM : CT0028/13/18/1199
4. ABIM cawangan Samariang : PPBM : CT0028/13/18/1207
5. ABIM cawangan Santubong : PPBM : CD0028/13/18/1198
6. ABIM Daerah Samarahan (peringkat daerah) : PPBM : CT0028/13/18/1201
7. ABIM cawangan Kota Samarahan : PPBM : CD0028/13/18/1200
8. ABIM cawangan Sebuyau : PPBM : CT0028/13/18/1205
9. ABIM cawangan Muara Tuang : PPBM : CD0028/13/18/1204
10. ABIM Daerah Bintulu (peringkat daerah) : PPBM : CT0028/13/18/1203
11. ABIM cawangan Jepak : PPBM : CT0028/13/18/1202
12. ABIM cawangan Kemena : PPBM : CT0028/13/18/1206
13. ABIM cawangan Kidurong : PPBM : CD0028/13/18/1205

ABIM tegas Muhammad Hazim, merupakan sebuah pertubuhan atau organisasi bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan sejak tahun 1971.

“Terdapat lebih 20 agensi termasuk berkaitan pendidikan, koperasi, hospital, kerja kesukarelaan, bantuan kemanusiaan dan sebagainya ditubuhkan dan dinaungi oleh ABIM.

ABIM telah wujud di bumi Sarawak pada tahun 1978 dan tahun ini menandakan 40 tahun ia bertapak si bumi Sarawak. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru