Thursday, December 9, 2021

Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai tawan Sungai Batang Kayan

Secara Rawak

LUNDU: Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai menguasai kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki Akhir (Raja Sungai Batang Kayan) di Tebingan Lundu hari ini.

Perahu Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai 1 dan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai 2 memenangi tempat pertama dan ketiga.

Tempat pertama menerima wang tunai RM4,000 dan tempat ketiga RM2,000.

Manakala, Buraq Terbang 1 menduduki tempat kedua dengan menerima wang tunai RM3,000.

Regata Lundu antara acara utama yang berlangsung sempena Pesta Lundu 2018 bermula Jumaat lalu dan melabuhkan tirai petang tadi.

Pada tahun lalu perlumbàan Regata Sungai Batang Kayan 2017 dimenangi oleh Sinaran Ratu Siska.

Manakala, bagi kategori Bidar 20 Pekayuh Lelaki tempat pertama dimenangi oleh Buraq Terbang 4.

Diikuti tempat kedua, Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai dan Tali Arus Selendang Laut tempat ketiga

Sebanyak 12 pasukan bertarung tahun ini untuk merebut wang tunai keseluruhan berjumlah RM30,000 yang ditawarkan.

Beberapa acara berlangsung sempena Pesta Lundu 2018, iaitu perahu berhias, bermukum, street soccer, pertandingan muaythai, pertandingan dart, autoshow, festival kek bulan, pentas hiburan, pertandingan karaoke dan memancing, pameran dan jualan usahawan dan banyak lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru