Thursday, December 9, 2021

Gunung Singai akan dinaik taraf dari aspek keselamatan

Secara Rawak

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri Tasik Biru, Datuk Henry Jinep sebentar tadi membayangkan kemungkinan kawasan Gunung Singai akan dilengkapi dengan sistem litar tertutup untuk mengesan para pengunjung, jika mereka hilang.

Katanya, itu merupakan alternatif terbaik untuk memastikan keselamatan pengunjung dapat dipantau.

“Pada masa yang sama, kita juga akan turut memasang papan tanda bagi memudahkan para pengunjung jika mereka tersesat.

“Ia akan dipasang di tapak lama perkampungan asal Singai di sini. Terdapat lapan kampung wujud di sini suatu ketika dahulu, sebelum mereka semua berpindah ke lereng gunung,” tambahnya lagi.

Menurutnya, alternatif lain akan dibincangkan kemudian termasuk kemungkinan mewajibkan wisel untuk digunakan oleh semua pengunjung ketika memanjat gunung tersebut, seperti yang dicadangkan oleh salah sebuah pasukan bantuan penyelamat. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru