Monday, August 15, 2022

Kehilangan Stanley terus misteri?

Secara Rawak

BAU: Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) seorang pendaki yang hilang di Gunung Singai, dekat sini terus diperhebat hari ini.

Stanley Kho, 22 tahun, hilang sejak empat hari lalu dan pasukan SAR masih buntu kerana gagal menemukan sebarang petunjuk.

Dalam operasu semalam, operasi SAR turut disertai Pasukan Gerakan Am (PGA) yang lengkap bersenjata.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Ebby Hirwandy Sarbini berkata, pencarian mangsa semalam meliputi kawasan seluas lima kilometer.

“Kita turut melakukan pendakian 2,000 kaki selama dua jam semalam, dan ia turut melibatkan pelbagai pihak termasuk kumpulan pendaki bebas, polis dan Angkatan Pertahanan Awam.

“Jumlah kekuatan SAR adalah seramai 48 orang, yang turut disertai penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum hilang, mangsa dikatakan sempat menghantar beberapa gambar dan visual kepada rakannya melalui media sosial.

Dalam visual terbabit, Stanley menunjukkan kecederaan di bahagian kakinya menimbulkan misteri.

Hujan turut menjadikan operasi semalam lebih mencabar kerana laluan mendaki menjadi licin.

Stanley dilaporkan hilang petang Isnin selepas mendaki gunung itu seorang diri pada sebelah paginya.

Ketika hilang, Stanley berpakaian seluar jeans biru pendek dan berbaju putih. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru