Tuesday, September 27, 2022

Abang Johari mengadap hormat Sultan Brunei untuk erat hubungan

Secara Rawak

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam mengadap hormat kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, di sini.

Kunjungan hormat tersebut sempena lawatan kerja rasmi beliau selama dua hari ke negara jiran tersebut.

Abang Johari ditemani Timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Turut sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohd Morshidi Abdul Ghani dan Timbalannya, Datu Abu Bakar Marzuki.

Sultan Hassanal yang juga Perdana Menteri Kerajaan Brunei Darussalam, memperkenankan setengah jam untuk bersama-sama Ketua Menteri dan berbincang pelbagai perkara.

Abang Johari ditemani isteri, Datin Patinggi Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang.

Juma’ani ditemani isteri Uggah, Datin Amar Doreen Mayang dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Sabariah Putit kemudian menghadiri majlis lain dengan permaisuri Sultan, Pengiran Anak Saleha, juga di Istana.

Pada pagi semalam Abang Johari mengetuai delegasi Sarawak dalam pertemuan dua hala di antara pihak berkuasa Brunei di sebuah hotel terkemuka di Jerudong dekat sini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Menteri Sumber Utama dan Pelancongan Brunei,
Dato Seri Setia Awang Ali Apong. –Sarawakvoice

* Ambrose Cheng ialah Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sarawak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru