Saturday, October 8, 2022

Polis berjaya musnahkan beg kertas ‘misteri’

Secara Rawak

MELAKA: Polis Melaka semalam memusnahkan sebuah beg kertas yang dikhuatiri mengandungi bungkusan mencurigakan yang ditemui di sebuah bank di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata beg kertas putih itu dimusnahkan Pasukan Persenjataan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sebuah kawasan lapang berhampiran Balai Polis Ayer Keroh kira-kira 1.40 petang.

“Beg kertas itu dibawa pengurus bank berkenaan yang datang ke balai polis untuk membuat laporan pada 12.05 tengah hari tadi berikutan curiga dengan kandungannya.

“Pengurus bank itu mendakwa beg tersebut ditinggalkan sejak 16 Sept lepas di sebelah mesin deposit cek di premisnya,” katanya pada sidang media di Balai Polis Ayer Keroh, di sini semalam.

Beliau berkata tindakan memusnahkan beg kertas yang mengandungi bungkusan plastik berwarna hijau dan biru itu dibuat berikutan ianya mencurigakan selain berat.

Katanya, selepas dimusnahkan menggunakan alat pemusnah kawalan jauh, pihaknya mendapati bungkusan berkenaan hanya mengandungi kira-kira 300 keping kad tandatangan spesimen (simpanan dan pelaburan) bank tersebut yang masih kosong.

“Siasatan awal melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati beg kertas berkenaan ditinggalkan seorang wanita. Wanita itu meletakkan beg kertas itu dan terus keluar tanpa menggunakan mana-mana mesin di bank berkenaan. Setakat ini kita sedang menyiasat motif sebenar perbuatan wanita tersebut,” katanya.–BERNAMA

Gambar hiasan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru