Sunday, August 7, 2022

Sambutan Hari Malaysia ke-55 Peringkat Negeri di Sarawak disambut dengan majlis makan malam

Secara Rawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri akan menghadiri Majlis Sambutan Hari Malaysia 2018 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri Sarawak malam ini.

Program dijangka akan bermula sekitar jam 8.00 malam dengan ketibaan Tun Taib, sebelum diiringi ke Dewan Santapan.

Selain acara hiburan, majlis diserikan dengan acara puisi dan sketsa selain tayangan video pembentukan Malaysia melibatkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Abang Haji Openg.

Turut dimuatkan ialah video temu bual masyarakat.

Lagu Negaraku akan turut dinyanyikan oleh pelantun anak Sarawak, Yusrizal Yusof atau Bob.

Kemuncak acara ialah nyanyian dan kibaran Jalur Gemilang dan pemotongan pulut kuning.

Dijangka hadir pada malam ini ialah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri.

Pada tahun ini, Sabah dipilih sebagai tuan rumah untuk sambutan Hari Malaysia peringkat nasional.

Kelazimannya, sambutan ini diadakan di Borneo, manakala sambutan Hari Kebangsaan dilangsungkan di negeri-negeri di Semenanjung.

Hari ini merupakan sambutan Hari Malaysia ke-55. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru