MIRI: Gara-gara isteri minta cerai seorang pekerja di ladang kelapa sawit di sini mengambil tindakan nekad dengan menggantung diri semalam.

Media yang memetik Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, lelaki yang kecewa dengan keputusan isterinya itu ekoran perselisihan faham, meragut nyawanya dengan menggantung diri pada dahan pokok di sekitar semak berdekatan ladang tempatnya bekerja.

Kejadian itu menggemparkan pekerja di ladang terbabit.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa bergaduh dengan isterinya kerana meminta cerai.

Susulan penemuan mayat lelaki berusia 26 tahun sekitar jam 11.20 pagi itu, para pekerja ladang pun memaklumkannya kepada penyelia yang bertindak menghubungi polis untuk siasatan.

Gambar hiasan

Polis kata Meng Seah menerima laporan sekitar jam 3.00 petang.

“Tiada unsur jenayah ditemui di lokasi,” beliau dipetik berkata.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Mangsa dilaporkan tidak turun bertugas selama dua hari.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat. –Sarawakvoice