KUCHING: Masih ada peluang esok bagi orang ramai mengunjungi Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya yang bermula hari ini dan berakhir esok, Sabtu, di Plaza Merdeka.

Kempen dianjurkan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sarawak.

Terdapat pelbagai tawaran tersedia sepanjang kempen dua hari itu antaranya khidmat pembaharuan lesen memandu, cukai jalan, berkaitan saman, pemeriksaan motosikal percuma yang tamat cukai serta pameran.

Sementara, Polis Diraja Malaysia turut menyediakan kaunter perkhidmatan semakan dan pembayaran saman menawarkan diskaun sehingga 50 peratus itu pada kempen kali ini, kecuali melibatkan saman semasa operasi besar dan saman trafik melibatkan kemalangan.

Pada kempen kali ini, turut berlangsung pameran keselamatan jalan raya, demonstrasi topi kaledar selamat serta paparan video pemakaian tali pinggang kaledar.

Bagaimanapun, program bermula 10 pagi hingga 4 petang hanya melibatkan kios Trafik di Plaza Merdeka dibuka pada Jumaat dan Sabtu.

Sementara, kaunter Trafik IPD Kuching dan kaunter trafik UTC Kuching dibuka pada Jumaat sahaja. –Sarawakvoice

Gambar hiasan