KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Accapan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinam, 63, meninggal dunia di rumahnya di Taman Puchong Utama, 2.43 pagi tadi.

Mendiang menghidap masalah kegagalan buah pinggang dan pemergiannya meninggalkan isteri Yogeswari Subramaniam, 53, serta tiga anak.

Persatuan Seniman dalam kenyataannya berkata, upacara penghormatan terakhir untuk mendiang berlangsung sekitar 3 petang hari ini di kediamannya di Taman Puchong Utama.

Acapan banyak berlakon drama televisyen dan filem tempatan dengan wataknya yang menghiburkan penonton.

Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu antara drama popular yang mengangkat nama mendiang dalam dunia hiburan negara. –Sarawakvoice

Foto: Facebook