Monday, August 8, 2022

Abang Jo mahu lengkapi luar bandar Sarawak dengan air bersih, elektrik dan jalan darat, sebelum kembali melaksanakan LRT

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam menegaskan beliau memberi tumpuan yang sama kepada pembangunan bandar dan luar bandar di Sarawak.

“Ketika ini, populasi di kawasan bandar Sarawak adalah 60 peratus dan luar bandar 40 peratus. Tumpuan dasar kita sama.

“Cuma isu air dan elektrik adalah perkara asas di kawasan luar bandar.

Kerana itu katanya, apa sahaja dana yang ada, ia digunakan untuk memantapkan kemudahan asas itu terlebih dahulu.

“Pembangunan di kawasan urban akan kita rundingkan kemudian.

Katanya, pembangunan strategik di kawasan bandar seperti perumahan akan diteruskan, namun aliran transit ringan (LRT) ditangguhkan dulu.

“Kita tumpukan kepada jalan luar bandar dahulu,” katanya ketika ditemui di Sematan, semalam.

Abang Johari menambah, usaha ini akan diteruskan hingga asas pembangunan di kawasan luar bandar ini siap, sebelum kembali kepada perancangan asal, untuk memodenkan negeri ini.

Katanya, beliau yakin usaha ini tidaklah terlalu sukar kerana Sarawak memiliki model pembangunannya sendiri, yang unik kerana dibantu oleh banknya sendiri – Bank Pembangunan Sarawak (DBOS).

Terdahulu, beliau menjelaskan Kerajaan Negeri terlah memperuntukkan RM2.8 bilion untuk melengkapi kawasan luar bandar dengan kemudahan elektrik dan air bersih, di bawah Kementerian Utiliti.

Manakala sekitar RM7 bilion diperuntukkan untuk mewujudkan akses darat di luar bandar Sarawak, yang akan disempurnakan dalam tempoh tujuh tahun. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru