MOSCOW: Rusia mengadakan latihan tentera raksasa Vostok-2018 — terbesar semenjak 37 tahun terakhir, melibatkan sekitar 300,000 tentera termasuk 6,000 pasukan payung terjun, puluhan ribu kenderaan perang, 1,000 pesawat tempur serta kapal perang, helikopter dan drone.

Latihan tentera kali ini yang berakhir 17 September turut melibatkan beberapa unit Tentera Pembebasan Rakyat China untuk latihan perang di Tsugol.

Menurut laporan RT pada Rabu, latihan Vostok-2018 bertujuan menguji ketangkasan tentera Rusia bergerak pantas dan mampu dikerah dalam pasukan besar untuk jarak jauh serta berkoordinasi dengan beberapa cabang tentera dalam pertempuran berskala besar.

Aset tentera berkenaan dilaporkan dikerah dari seluruh Rusia ke beberapa lokasi latihan di Timur Jauh negara itu turut menampilkan beberapa senjata dan kelengkapan baru tentera termasuk peluru berpandu antikereta kebal Kornet.

Latihan perang Rusia ini diadakan ketika hubungan Rusia-NATO tegang.

Wakil Menteri Pertahanan Rusia Aleksandr Fomin bagaimanapun mengaku, Moscow sudah memaklumkan latihan berkenaan kepada NATO sebelum ini.

Sebelum ini, Rusia pernah mengadakan latihan melibatkan 25 kapal perang dan 30 Pesawat dalam latihan skala besar di Mediteranean. — Sarawakvoice

Kredit: http://dieselgasoil.com/