Monday, August 8, 2022

Ahli Parlimen GPS temui Tun M untuk pohon projek infra rakyat di Sarawak diteruskan

Secara Rawak

KUCHING: Ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pagi tadi mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Rombongan ini diketuai oleh Ketua Whip Parlimen GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut Fadillah, dalam pertemuan tersebut, pihaknya telah menyuarakan agar projek-projek infrastruktur seperti naik taraf sekolah daif, pembinaan jalan dan jambatan, kemudahan hospital dan klinik serta bekalan air dan elektrik terutamanya di kawasan luar bandar Sarawak diteruskan.

“Ia adalah untuk manfaat rakyat, dan Perdana Menteri menyatakan,  beliau akan menimbang segala permohonan yang telah diutarakan.

Fadillah turut menggambarkan pertemuan itu berlangsung dalam suasana yang mesra.

Esok, ahli-ahli parlimen ini akan mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan antara agendanya termasuklah menjemput kehadiran Ketua Menteri ke Program Lan Berambeh Anak Sarawak yang akan diadakan di Kuala Lumpur. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru