Monday, August 15, 2022

Abang Jo lancar sistem solar berpusat di Taman Negara Talang Satang

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pagi ini akan berkunjung ke Pulau Talang-Talang Besar bagi melancarkan sistem solar berpusat di kawasan Taman Negara Laut Talang Satang di sini.

Projek bernilai RM1.5 juta yang membekalkan tenaga solar diperbaharui ini dilaksanakan bersama oleh Sarawak Energy dan Sarawak Forestry Corporation.

Penggantian sistem solar berpusat ini penting untuk menggantikan sumber tenaga lama, yang berasaskan set jana kuasa diesel, yang bukan sahaja bising, malah berfungsi pada waktu tertentu sahaja.

Kawasan taman laut negara ini merupakan lokasi pendaratan 95 peratus penyu di Sarawak dan memiliki keluasan sekitar 19,400 hektar.

Antara penyu yang paling banyak berada di persekitaran ini ialah penyu agar atau penyu hijau.

Manakala spesies Ridley Zaitun, Penyu Belimbing dan Logger Head turut dikesan sekali-sekala.

Kawasan ini juga dipenuhi dengan karang lembut dan keras, yang menjadikannya sumber perikanan yang subur.

Malah bagi menambah populasi ikan, tukun-tukun tiruan juga diturunkan di dasar laut di sekitar taman negara ini. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru