Monday, August 8, 2022

Larissa teruja dilantik Duta Pelancongan Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Teruja. Itu gambaran yang diberikan oleh Miss World Malaysia 2018, Larissa Ping, 19 tahun apabila dimaklumkan bahawa khidmatnya ditagih untuk membantu mempromosi negeri kelahirannya.

Gadis berdarah Cina dan Kenyah ini berkata, beliau amat gembira dapat memikul tanggungjawab tersebut, kerana ia selari dengan minatnya yang gemar akan aktiviti kebudayaan dan kemanusiaan.

“Sejak dari kecil saya memang terlibat dalam persembahan kebudayaan Sarawak.

“Saya memang selalu mempersembahkan tarian Orang Ulu, tarian Iban, dan Bidayuh.

“ Justeru saya rasakan ini adalah masanya untuk saya gunakan platform yang baharu ini untuk mempromosikan Sarawak,” katanya yang menjadikan kejayaan Dewi Liana Seriestha pada 2014 sebagai pendorongnya untuk menyertai pertandingan tersebut.

Malah akui Larissa, beliau berkesempatan berguru dengan legenda sape Sarawak, Mathew Ngau Jau, selain ibunya sendiri, yang juga seorang penari.

Pada Sabtu lalu, Larissa menewaskan 12 jelitawan lain untuk muncul Miss World Malaysia 2018 di Kuching.

Kemenangan itu membolehkan beliau memakai mahkota berharga RM4 juta ringgit dan membawa pulang habuan RM30 ribu. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru