SARIKEI: Impak jatuh sedalam lapan meter ke dalam parit di jalan yang sedang dalam pembinaan, meragut nyawa seorang wanita serta-merta, berhampiran Sekolah Kebangsaan Berayang, Jalan Saratok-Sarikei di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.24 malam, dan sebuah jentera bomba, sebuah ambulans EMRS segera diaktifkan ke lokasi dari Balai Saratok.

“Setiba di lokasi, komander pasukan, Nazry Mohamat melaporkan
kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas dan terjunam ke dalam parit besar.

“Kenderaan tersebut dipercayai dalam perjalanan dari arah Sibu menghala ke Kuching dan terdapat seorang mangsa perempuan iairu pemandu di dalamnya.

Anggota yang tiba di lokasi katanya, segera bertindak mengeluarkan mangsa dan menyerahkan mangsa kepada pihak paramedik, yang kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. — Sarawakvoice