Friday, December 3, 2021

Jelitawan Sarawak, Larissa Ping bergelar Miss World Malaysia 2018 malam tadi

Secara Rawak

KUCHING: Jelitawan dari Sarawak, Larissa Ping, 19 tahun dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2018 dalam majlis gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Borneo malam tadi.

Ia membolehkan gadis manis itu mewakili Malaysia untuk merebut jelitawan cantik dunia dalam pertandingan Miss World 2018 di Sanya, China pada 8 Disember depan.

Beliau merupakan jelitawan kedua berturut-turut dari Sarawak yang merangkul gelaran tersebut selepas Dewi Liana Seriestha pada 2014.

Kemenangan itu, membolehkan pelajar prauniversiti itu dipakaikan dengan mahkota berharga RM4 juta yang bertatahkan berlian dan emas, selain membawa pulang
habuan tunai RM30,000.

Larissa turut merangkul dua lagi anugerah iaitu Miss Photogenic dan Top Talent.

Tempat kedua disandang Naomi Sim dari Kuala Lumpur, yang turut memenangi Anugerah Miss Elegant manakala Shannen Jade, pemenang Anugerah Pilihan Ramai atau People’s Choice
mendapat tempat ketiga.

Francisca Luhong James, juga dari Sarawak, pula meraih gelaran
Top Model sementara Miss Personality diraih Zane Wong dari Kuala Lumpur.

Pencapaian tertinggi peserta Malaysia dalam pertandingan ini adalah menerusi Lina Teoh yang mendapat tempat ketiga di Miss World 1998 manakala Dewi Liana Seriestha yang dinobatkan sebagai Miss World Talent pada 2014 di London.

Hadir menyaksikan pertandingan ini ialah isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru