SIBU: Dua hari selepas dilaporkan hilang, mayat seorang lelaki India berjaya ditemui kira-kira 10 meter dari celah-celah tongkang, tempat dia terjatuh di Jeti Boss Hill, Jalan Upper Lanang di sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Haris Kumar, 24 tahun ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 4.45 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Terdahulu mangsa dilaporkan hilang sekitar jam 10.00 pagi, Khamis lalu.

“Sejurus hilang, kita telah mengaturgerakkan pasukan penyelamat dari Balai Bomba Sibu dan mereka melakukan oeprasi mencari dan menyelamat (SAR) secara ‘water surface searching’ di sekitar kawasan mangsa jatuh dan berjalan kaki di sepanjang tebingan sungai.

SAR turut dianggota anggota Angkatan Pertahanan Awam dan polis, katanya lagi.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sibu untuk proses bedah siasat. Operasi ditamatkan sekitar jam 5 petang . –Sarawakvoice

Kredit Foto: Angkatan Pertahanan Awam