Saturday, May 21, 2022

Kajian item dicukai SST dimuktamad hujung tahun — Guan Eng

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kewangan menetapkan hujung tahun ini untuk runding cara dan kajian item-item yang dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (SST) berlangsung sebelum ia dimuktamadkan sepenuhnya.

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pihaknya bersikap terbuka untuk mendengar pandangan rakyat, terutamanya golongan peniaga berhubung item yang dicukai.

“Jika ia satu produk sahaja tidak akan timbul masalah, seperti tayar celup.

“Terdapat permintaan dalam salah satu sesi untuk pengurangan cukai item ini dan kita setuju kurangkan daripada 10 peratus kepada lima peratus.

Katanya, keadaan berbeza jika ia berkait produk lain, yang ada kesan dan implikasi rantaian kepada produk lain.

“Kita kena kaji dengan lebih mendalam.

“Kita harap boleh siapkan kajian ini pada akhir tahun,” katanya ketika ditemui pada sesi Taklimat SST Bersama Menteri di Hotell Pullman di sini malam tadi.

Guan Eng berkata, jika tertumpu kepada satu produk, keputusan sebenarnya boleh dibuat dengan serta-merta.

“Bukti kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan adalah pengecualian cukai SST terhadap kad prayabar telefon, yang kini diletakkan dalam kategori tidak dicukai.

Lebih 1,500 peserta hadir pada sesi taklimat tersebut yang terdiri daripada kakitangan awam, swasta dan usahawan tempatan.

Selepas Kuching, Guan Eng akan ke Johor Baharu dan Pulau Pinang untuk sesi yang sama. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru