Monday, August 15, 2022

Anwar kunjungi Tun Taib, Abang Jo pada Sabtu di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Presiden Parti Keadilan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berada di Kuching dan Sibu pada Sabtu ini, dalam kunjungan pertamanya ke negeri ini selepas dibebaskan dari penjara.

Anwar akan ditemani anaknya, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Beliau dijangka mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di kediamannya di Demak Jaya pada jam 2.30 petang, disusuli kunjungan kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada jam 4.30 petang.

Pada jam 5.30 petang, Anwar dan rombongan akan menghadiri Majlis Makan Malam bersama-sama pimpinan PKR Negeri dan Cabang, sebelum bergegas ke Sibu, untuk satu lagi majlis. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru