Friday, August 19, 2022

PKR sasar 18 kerusi pada PRN Sarawak 12, mahu jadi parti utama PH di Sarawak — Rafizi

Secara Rawak

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyasarkan 18 kerusi dalam Pilihan Raya  Negeri akan datang, sebagai menyumbang kepada Misi Pakatan Harapan Rampas Sarawak.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, parti itu berharap dapat menjadi komponen utama dalam PKR dalam usaha menumbangkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Apabila kedua-dua kerajaan adalah di pihak yang sama, baharulah kita boleh berunding tentang hak Sarawak.

“Ini kerana ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dinobatkan sebagai Perdana Menteri kelapan dan ini akan memudahkan segala urusan,” katanya ketika berucap pada sesi kempennya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR di Hotel Grand Continental semalam.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan kerusi-kerusi tersebut.

Dalam mesyuarat pimpinan pusat itu, beliau mencabar Datuk Seri Azmin Ali, yang juga Menteri Ekonomi yang memegang kedudukan itu sejak 2010.

Umum mengetahui hubungan di antara Azmin dan Rafizi adalah retak seribu sejak beberapa tahun lalu.

Dalam program yang turut meraikan ulang tahun ke-20 gerakan Reformasi, Rafizi turut menyatakan bahawa ia pertama kali beliau menjejakkan kaki ke Kuching sejak 2011.

Pada Pilihan Raya Negeri 2016, beliau antara individu yang dihalang memasuki negeri ini, kerana dikhuatiri menyebabkan perpecahan kaum.

Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi PKR Sarawak yang juga Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian; Willie Mongin (Puncak Borneo); Ali Biju (Saratok); Dr Michael Teo (Miri); Larry Sng (Julau) dan Jugah Muyang (Lubok Antu). — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru