Friday, October 7, 2022

102 ikan panjang bawa RM23, 000 kepada nelayan Sebuyau

Secara Rawak

SEBUYAU: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa boleh menjangka.

Kalau sudah rezeki turun ke laut perahu kosong, apabila balik perahu penuh berisi ikan.

Itu kisah gembira seorang nelayan, Awang Suani, 37, dari Kampung Seberang Sebuyau yang mendapat rezeki besar apabila pukatnya mengena 102 ekor ikan panjang hari ini.

Daripada 102 ekor hasil tangkapan, 98 ekor daripadanya dijual kepada pemborong di sini.

Ikan panjang kini mempunyai pasaran yang amat baik dan harganya mencecah RM20 sekilogram atau lebih berdasarkan saiz ikan berkenaan.

Ini belum lagi mengambil kira harga limpa ikan tersebut yang mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Menurut sumber hasil jualan ikan tersebut mencecah RM23, 000. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru