Tuesday, September 27, 2022

Awas jika naik harga luar biasa kerana SST — Chieng Jen

Secara Rawak

KUCHING:Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen hari ini memberi amaran, peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan susulan pelaksanaan cukai SST akan dikenakan tindakan tegas.

“Dengan jumlah barangan yang dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) adalah lebih 5,000 barangan, kita tidak akan mengampuni mana-mana pihak yang menipu dengan mengkategorikannya sebagai barangan dicukai.

“Kita akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

“Malah pegawai-pegawai kita akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa harga barangan yang berada pasaran,” tegasnya pada sidang media selepas melakukan tinjauan mesra ke sektor perkilangan (makanan dan minuman), di sini, hari ini.

Jelasnya, fokus kementeriannya adalah terhadap isu harga yang tertakluk di bawah bidang kuasa Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Kadar cukai SST melibatkan kadar cukai jualan daripada 0 peratus hingga 10 peratus dan 6 peratus bagi cukai P
Perkhidmatan selain kadar spesifik terhadap barangan terpilih,”ujarnya.

SST yang menggantikan GST mula dilaksanakan di seluruh negara pada hari ini. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru