Saturday, August 20, 2022

Mesyuarat dan sidang media Bersatu dipengerusikan Affendi Jeman tidak sah, tidak mendapat kebenaran dan boleh dikenakan tindakan tatatertib — Sharif

Secara Rawak

KUCHING: Tindakan sekelompok individu yang diketuai Affendi Jeman mengadakan mesyuarat dan sidang media berkait Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak adalah tidak sah dan salah.

Menurut Sharif Busrah, yang mendakwa telah dilantik oleh ibu pejabat dan pimpinan tertinggi Bersatu menyelaras parti itu di negeri ini, kelompok Affendi sebenarnya tidak dibenarkan berbuat demikian tanpa sebarang kebenaran dan pengetahuan pimpinan tertinggi pusat.

“Mereka telah melanggar perlembagaan parti dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

“Ibu pejabat Bersatu sendiri telah maklum akan hal ini, dan saya tidak perlu membuat aduan,” katanya ketika dihubungi sarawakvoice.com.

Kata Sharif, parti itu telah melantik badan penyelaras untuk menangani Bersatu di Sarawak.

“Perbuatan mereka itu adalah tidak sah dan telah mencemar nama parti.

“Kita tidak mahu rakyat terus dikelirukan oleh sebahagian individu yang membawa agenda peribadi,” katanya lagi.

Kelompok ini katanya, sepatutnya merujuk kepada badan penyelaras yang telah dilantik oleh pimpinan tertinggi Bersatu Pusat pusat terlebih dahulu, sebelum mengendalikan sidang media tersebut. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru