Sunday, January 23, 2022

Fazzrudin ziarah rumah perlu baik pulih, bina semula bawah program DBKU-PBB DUN Tupong

Secara Rawak

PETRA JAYA: Mengemas kini akaun Facebook pada Selasa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Haji Abdul Rahman merakam gerak kerja beliau melawat beberapa rumah yang dikenal pasti untuk dibaik pulih dan dibina baru di bawah Program Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DUN Tupong.

“Insya-Allah saya akan melawat dan mengenal pasti rumah lain yang terdapat dalam senarai kami secara berperingkat,” kata Fazzrudin.

Sementara, Facebook beliau turut berkongsi gerak kerja yang dijalankan kumpulan beliau di Kampung Pinang Jawa (Gita)

Catatan perkongsian itu turut menulis: “Ziarah terus meluluskan untuk membaik pulih rumah bahagian dapur dinding dan lantai untuk Saudara Datu… (yang dikatakan lumpuh sebelah badan)”.

Tahun lepas, memetik laporan di Youtube, DBKU diamanah melaksanakan program baik pulih 55 rumah bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar – Projek Baik Pulih Rumah yang merupakakan inisiatif Kementerian Kesejahteraan Komuniti, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. –Sarawakvoice

Foto Facebook Fazzrudin A Rahman

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru