Saturday, January 22, 2022

Empangan Myanmar pecah banjiri 85 desa, 63,000 warga pindah

Secara Rawak

YANGON: Empangan Sungai Swar di Myanmar pecah, memaksa air melimpahi jalan raya dan membanjiri 85 kampung di sekitarnya dalam kawasan Swar dan Yedashe.

Sekitar 63,000 penduduk menjadi pelarian dan mencari tempat perlimndungan di kawasna lain.

Bomba, tentera dan pegawai kerajaan melancarkan usaha menyelamat pada Rabu.

Menurut Reuters, Timbalan Pentadbir di Yedashe Min Thu berkata, bagaimanapun air mula surut hari ini.

Dua warga dilaporkan hilang dan dikhuatiri hanyut terbawa air deras.

Akhbar Global Light of Myanmar melaporkan, lalu lintas menghubungkan bandar utama Myanmar, Yangon dan Mandalay serta Naypyitaw, terganggu selepas banjir merosakkan jambatan penghubung.

Bulan lalu, empangan loji janakuasa di Laos pecah mengorbankan sekitar 27 jiwa. –Sarawakvoice

Foto: Youtube Al Jazeera English

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru