Friday, December 3, 2021

Air sungai di S’wak selamat digunakan — Jerip

Secara Rawak

KUCHING: Berdasarkan maklumat Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), air di sungai negeri ini terjamin selamat.

Bercakap selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan dan Kebersihan Sungai Sarawak Serta Sambutan Ulang Tahun Lembaga Sungai Sarawak di Tebingan Kuching, Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil berkata air di sungai di negeri ini selamat digunakan.

Memetik laporan Utusan Sarawak pada Khamis, Jerip mengaku sebelum ini hanya sungai di Miri pernah mengalami kesan pencemaran yang kini sudah berjaya dipulihkan.

Menurut laporan akhbar tersebut, Jerip mendedahkan pihaknya bersama LSS menubuhkan jawatankuasa keselamatan khusus bagi pengangkutan sungai untuk menambah baik keselamatan pengangkutan sungai.

Laporan turut menyebut, jawatankuasa berkenaan menjadi sebahagian dari majlis keselamatan pengangkutan yang kini dirancang penubuhannya oleh kerajaan negeri — antaranya bertanggungjawab menyiasat kemalangan berlaku dan bertindak agar kemalangan sama tidak berulang.

Jerip turut dilaporkan berkata LSS dalam proses melaksanakan e-Ticketing yang dapat dibeli secara atas talian selaras dengan konsep ekonomi digital, selain dapat memantau bot membawa penumpang berlebihan. –Sarawakvoice

Foto: Page Sarawak Rivers Board

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru