Friday, October 7, 2022

Speaker akui ramai Ahli Parlimen beradab, bersopan ketika berbahas

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengakui ramai Ahli Parlimen yang beradab dan bersopan ketika berbahas di Dewan Rakyat.

“Ramai ahli yang memang beradab dan bersopan ketika memberi hujah, secara intelek sebagai seorang ahli Parlimen, jadi kita akan selesaikan perkara ini dalam tempoh singkat, tengoklah macam mana dalam sesi akan datang, ada perubahan atau tidak,” akuinya dalam satu termu ramah dengan Mingguan Malaysia, Ahad.

Sambil mengakui beliau setuju masih ada elemen provokasi dan kata-kata kesat yang masih kedengaran dalam segelintir Ahli Parlimen, maka sebab itu beliau keluarkan peraturan.

Ujarnya, beliau telah menjelaskan kepada semua, baik kerajaan mahupun pembangkang bahawa beliau akan mengambil sikap lebih tegas.

“Perkataan carutan tidak boleh dibenarkan, semua orang tahu sekarang.

Foto: Bernama

Sebenarnya, isu ini bukan masalah besar, ia hanya melibatkan segelintir ahli,” katanya.

“Peraturan telah pun wujud, kita harus memastikan semua ahli Parlimen mengetahui, memahami dan mematuhi peraturan mesyuarat yang sudah wujud,”’ jelasnya.

Untuk itu, jelasnya latihan akan diadakan untuk wakil rakyat.

“Ini di antara perkara yang akan dilakukan pada bulan Oktober nanti dengan pertolongan institusi luar dan tempatan untuk melatih YB-YB baharu tentang perkara seperti cara berhujah, mematuhi peraturan Parlimen dan sebagainya,” katanya lagi.

“Selain itu, kita ingin wujudkan sistem jawatankuasa supaya perkara-perkara yang seharusnya dibahas pada peringkat lebih mendalam di bawa ke jawatankuasa dan dilaporkan kepada majlis,” katanya..

“Jadi, banyak perkara dibentangkan di majlis boleh dibawa ke peringkat jawatankuasa. Itu antara perkara akan diwujudkan dalam tempoh singkat,” katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru