Sekarang Abg Johari ketua kita, GPS buat keputusan sendiri bela nasib rakyat, negeri — Lee

MIRI: Sarawak berterima kasih kepada Barisan Nasional (BN) atas sumbangan membawa pembangunan negeri ini sebelum ini.

Namun, namun menurut Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, senario politik sudah berubah.

Kini menurutnya, komponen BN Sarawak terdiri daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP bersetuju keluar BN untuk menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Memetik laporan Utusan Borneo pada Isnin, Lee berkata GPS membenarkan rakyat membuat keputusan sendiri berkaitan kepentingan rakyat dan negeri.

Menurutnya ini termasuklah kuasa imigresen serta menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua.

“Sekarang kita buat keputusan untuk Sarawak dan ketua kita ialah Datuk Patinggi Abang Johari,” ujar Lee memetik akhbar tempatan itu, berucap semasa merasmikan Perayaan Ulang Tahun Ke-60 Persatuan Melayu Miri (PMM).

Lee justeru meminta rakyat menyokong Abang Johari dan barisan pemimpin negeri ini menggerakmasa depan pembangunan negeri ini.

Beliau meminta rakyat terus bersama mempertahan semangat perpaduan yang menjadi kebanggaan rakyat Sarawak selama ini. — Sarawakvoice