Monday, August 15, 2022

Sarawak ratapi pemergian juruterbang legenda Dawek Sabeli

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak kehilangan sebutir permata hari ini apabila juruterbang profesional pertamanya, Dawek Sebeli, menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

Kapten Dawek, 73 tahun amat dikenali dan dihormati, malah diiktiraf legenda dalam profesionnya kerana bermula sebagai pramugara, pada era pasca penubuhan Malaysia.

Dua tahun menjadi pramugara MSA, beliau menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia sebagai juruterbang sehingga tahun 1975.

Pada tahun itu, anak Gedong ini menyertai Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) hingga bersara pada 2005.

Antara pengalaman hebatnya, termasuklah menerbangkan jet jumbo Boeing 747.

Selepas bersara pada 2005, beliau menyertai

Asia Pacific Flight Training (APFT) Academy, di Lapangan Terbang Pangkalan Chepa, Kota Bharu, sebagai pengetua.

Kehilangan Kapten Dawek amat dirasai, apatah lagi beliau antara anak kelahiran Gedong yang berjaya dalam kerjaya. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru