Tuesday, May 11, 2021

Kebejatan ini mesti mesti ditolak, kata PAS

Mesti baca

KUALA LUMPUR: LGBT ialah realiti yang semakin parah di Malaysia, maka tidak cukup hanya dialog dan kenyataan media sahaja tanpa mengambil tindakan tegas untuk mencegah perbuatan tersebut daripada berlarutan, kata PAS.

Menurut Ketua Penerangannya Nasrudin Hassan, kebejatan ini mesti sentiasa diingatkan kepada rakyat untuk menolak dengan tegas perlakuan sumbang yang diharamkan dalam Islam.

“Apa sahaja ruang untuk menimbulkan kesedaran mesti dimanfaatkan kerana golongan ini juga telah memanipulasi pelbagai cara untuk mempromosi budaya songsang mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kumpulan ini bukan sekadar melakukannya secara ‘private’ bahkan sudah berani mencabar pihak berautoriti agama di mahkamah,” katanya.

Oleh sebab itu, ujarnya, tujuan berpolitik adalah untuk memartabatkan agama dan menjaga kemaslahatan ummah.

Jelasnya, perkataan politik atau siyasah antaranya merujuk kepada memimpin atau mentadbir manusia ke arah kebaikan. Siyasah terbahagi kepada dua:

Pertama, katanya, siyasah yang memimpin manusia menurut kehendak Syariah dan pemimpin bertindak memelihara agama serta mengurus dunia dengan agama.

Kedua, jelasnya, siyasah yang memimpin manusia menurut kehendak manusia dan menolak agama.

“Maka, bagaimanalah urusan Islam itu boleh dipisahkan dengan politik. Kelak politik tanpa agama itu akan terdedah kepada perkara mungkar yang diharamkan oleh syara’,” kata Nasrudin.

Justeru, katanya lagi, politik mesti diluruskan dengan petunjuk Allah swt dan pedoman agama yang diwahyukan okeh Allah swt.

Tidak mungkin politik boleh dipisahkan daripada agama. –Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru