Friday, December 2, 2022

Selepas Lombok, Fiji kini Venezuela dilanda gempa bumi 7.3 pada Skala Ritcher

Secara Rawak

CARACAS: Ketika lebih 500 gempa bumi susulan menerpa Lombok, Nusa Tenggara Indonesia, mengorbankan ratusan nyawa dan menyebabkan penduduk dipindhakan, gempa bumi 6.0 pada Skala Richter pula menyerang Kepulauan Fiji Ahad lepas.

Pusat gempa bumi itu berlaku di 361 kilometer timur dari Laucala, Fiji.

Terbaru semalam pada Selasa, gempa 7.3 pada Skala Richter menggoncang pesisir timur Venezuela.

Goncangan menjangkau Colombia, Bogota dan memutuskan bekalan elektrik di Trinidad.

Venezuela tidak bersedia menangani bencana alam sebegini, di tengah-tengah negara berkenaan menghadapi krisis ekonomi, dengan klinik dan hospital tidak berfungsi dengan baik.

Menurut sarjana dari lembaga Geological Survey, Jessica Turner, gempa di Venezuela berkedalaman 123 kilometer di bawah permukaan air laut. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru