Friday, December 2, 2022

GST sifar harga barang tak murah, dapatkah SST 10% turunkan harga barang

Secara Rawak

KETIKA Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifarkan sejak 1 Jun lepas oleh Kerajaan Pakatan harapan, kebanyakan harga barang tidak turun.

Apa pula potensi selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dikuat kuasa pada 1 September ini, harga barang boleh turun?

Ketika GST disifarkan harga barang masih tidak turun, sejauh mana kuasa monopoli ke atas barangan keperluan menjadi punca harga barang tidak turun.

Tentulah timbul persoalan adakah dengan pertambahan kadar cukai 10 hingga 25 peratus selepas SST dikuat kuasa, mekanisme monopoli ke atas barangan ini masih dikuasai puak yang sama.

Jika masih sama, di manakah kewajarannya harga barang dapat diturunkan.

Memetik ulasan penulis dalam portal online, penulis membuat kesimpulan bahawa “dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, percayalah tiada peniaga yang akan memikirkan cara untuk menurunkan harga barangan.”

Apa-apa pun kita tunggu 10 hari menjelang September untuk melihat sejauh mana impak SST ke atas harga barangan di negara ini? Turun atau naikkah? –Sarawakvoice

Foto: Berita Terkini

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru