Monday, December 5, 2022

PBB lapor polis FB disifatkan berbentuk perkauman, menghasut

Secara Rawak

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Parlimen Santubong pada Isnin membuat laporan polis ke atas akaun Facebook “Pemantau Yang Memantau” didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan dan perkauman pada 19 Ogos lepas.

Memetik Utusan Borneo pada Selasa, laporan polis oleh PBB Santubong itu dibuat di Balai Polis Gita 11.45 pagi.

Exco Pergerakan Pemuda PBB Azizul Anuar Adenan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda PBB Tanjung Datu dilaporkan akhbar tersebut berkata, pemilik akaun Facebook itu juga “menokok tambah dan memutar belit kenyataan” Ahli Parlimen Santubong Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada majlis berlangsung Sabtu lepas.

Azizul dilaporkan berkata, kenyataan sebegitu rupa dapat mewujudkan pertelingkahan kaum dan memecah belah perpaduan rakyat di negeri ini.

Laporan berkenaan dikatakan meminta polis menyiasat serta bertindak terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan, sekali gus mahu penyebaran maklumat sebegitu rupa dihentikan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru