Sunday, September 25, 2022

Dakwa halang Anwar jadi PM: Abdullah Sani mohon maaf pada Tun Mahathir

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sudah diperjelaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar sendiri.

Kini mengaku memahami situasi tersebut, Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memohon maaf kepada Mahathir kerana mengungkitkan itu baru-baru ini.

Abdullah Sani calon Majlis Pimpinan Pusat PKR sebelum ini pada jelajah “Debat Reformasi 20 Tahun” di Negeri Sembilan mendakwa Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin, Mahathir bersama Datuk Seri Azmin Ali berkonspirasi menghalang kemaraan Anwar menjadi perdana menteri kelapan.

Dalam kenyataan medianya, Abdullah Sani berkata beliau menghantar surat kepada perdana menteri untuk menjelaskan situasi itu.

Menurut Abdullah Sani “kenyataan itu tidak benar” dan ia dianggap “menjatuhkan nama baik Dr Mahathir”.

Abdullah Sani berharap tiada konspirasi terhadap persetujuan termaktub itu dalam menjadikan Anwar sebagai perdana menteri selepas Mahathir. –Sarawakvoice

Sumber : Youtube

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru