Tuesday, December 6, 2022

Adis Buan Resort di Bau; Pengkalan Feri Lama di Miri kawasan pantai berisiko — KPKT

Secara Rawak

KUCHING: Adis Buan Resort di Bau dan Pengkalan Feri Lama di Miri merupakan antara 18 lokasi pantai yang berisiko di Malaysia yang memerlukan kawalan keselamatan yang ketat, sepanjang musim cuti persekolahan pada kali ini.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, Majlis Keselamatan Aktiviti Air Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberitahu, kesemua lokasi ini dikenal pasti melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Di kedua-dua lokasi ini telah mencatatkan empat dan tiga mangsa masing-masing setakat ini.

“Kita juga telah mengenal pasti sebanyak 12 kawasan dan lokasi ‘hotspots’ yang dikategorikan sebagai Kawasan Berisiko Tinggi.

“Antaranya termasuklah kawasan Sungai Kampung Batu Payung di Tawau; Sungai SKC Kampung Timah, Sungai Tinggi di Selangor dan Air Terjun Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor serta Air Terjun Lata Berembun, Raub.

Kawasan berisiko tinggi di kawasan pantai ialah Pantai Nipah, Bachok dan Muara Tok Bali, Pasir Puteh di Kelantan manakala kawasan berisiko di kawasan tasik ialah di Empangan Semenyih, Selangor.

Menurut kenyataan tersebut, JPBM telah diarahkan untuk mengawasi kawasan ini sepanjang musim cuti persekolahan.

“Inisiatif ini diambil sebagai usaha kementerian untuk mengurangkan insiden lemas yang telah mencatatkan peningkatan dari semasa ke semasa.

“JBPM telah merekodkan sebanyak 186 insiden kejadian lemas bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini dengan insiden di sungai dan tali air mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 116 kes.

Rekod insiden mati lemas merujuk kepada insiden kematian yang melebihi daripada mangsa.

“Selain inisiatif yang diambil oleh pihak kementerian untuk mengurangkan insiden lemas di musim cuti sekolah, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa juga untuk memantau pergerakan anak-anak yang menjalankan sebarang aktiviti di kawasan air.

“Ibu bapa harus memastikan semua langkah keselamatan dititikberatkan sebagai langkah awal yang penting dalam membantu pihak Kerajaan mengurangkan insiden kejadian lemas di negara ini,” katanya lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru