Friday, December 3, 2021

Udara di Mukah tidak sihat, sama seperti di Kangar, Alor Setar

Secara Rawak

KUCHING: Udara di Mukah terus tercemar apabila sehingga jam 5 petang tadi merekodkan bacaan indeks pencemaran kurang sihat, 135.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan berkata, pada tengah hari tadi, bacaan IPU di Mukah mencecah 139.

Beberapa kawasan lain di negeri ini turut merekodkan bacaan yang tinggi seperti Sibu (94), Samarahan (89), Kuching (88) dan Sarikei (88).

Selain Sarawak, dua negeri lain yang turut tercemar dengan udara kurang sihat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Bacaan IPU di Kangar, Perlis mencatatkan 143 manakala Alor Setar, Kedah (146), diikuti Sungai Petani (107) Seberang Jaya (102) dan Klang, Selangor (107).

Semalam, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) mengenal pasti sekurang-kurangnya tujuh titik panas di Sarawak serta 121 titik panas di Kalimantan yang menyumbang kepada pencemaran jerebu ke negeri Sarawak.

Kontrollernya, Peter Sawal berkata, keadaan kering dan panas luar biasa, disusuli tiupan angin dari Kalimantan yang mengarah ke Sarawak menambah buruk situasi jerebu di negeri tersebut.

Malah bacaan IPU hari ini meningkat berbanding semalam melibatkan kawasan Mukah (84), Sibu (75), Bintulu (71) dan Kuching (58). –Sarawakvoice

Jerebu di Mukah, semalam.
Jerebu di Mukah, semalam.
Jerebu di Mukah, semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru