Saturday, August 20, 2022

Jokowi kunjungi Lombok, sempat imamkan solat

Secara Rawak

JAKARTA: Pemimpin berjiwa rakyat. Itulah gambaran paling tepat untuk Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi.

Dalam lawatannya ke Lombok, beliau sempat mengimamkan solat Maghrib di dalam surau sementara bersama-sama penduduk yang menjadi mangsa gempa bumi.

Jokowi turut berkunjung ke Kecamatan Gangga di Lombok Utara, kawasan paling teruk terjejas dengan lebih 370 kematian dicatatkan.

“Solat Maghrib bersama penduduk dalam surau darurat yang berbumbung kanvas dan berdinding plastik,” tulis Jokowi dalam Facebooknya.

Bumbung madrasah tempat beliau solat disangga dengan buluh, tikar daripada kanvas dan dinding pula daripada karung plastik.

Jokowi mengimamkan solat, manakala Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Marsekal Hadi Tjahjanto, berada di saf kedua bersama penduduk.

Dalam catatannya di FB, Jokowi berkata, lebih daripada 60,000 buah rumah rosak dalam gempa berkenaan.

Beliau sempat mengumumkan bantuan 50 juta rupiah kepada mangsa yang rumah mereka rosak teruk, manakala yang kerosakannya sederhana, 25 juta rupiah.

Menurut Jokowi, rumah penduduk akan dibangun semula menggunakan kaedah pembinaan pasang siap RISHA (Rumah Segera Kos Sederhana). –Sarawakvoice

Foto: Facebook Jokowi

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru