Friday, August 19, 2022

Bau asap selamatkan lima sekeluarga daripada maut di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Lima sekeluarga nyaris maut selepas rumah yang dihuni mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Tatau-Separai awal pagi tadi.

Bagaimanapun mereka terselamat setelah bau asap mengejutkan mereka dari lena tidur.

Sekitar jam 2 pagi, sebaik menyedari api mula memenuhi ruangan rumah, Alex Nyulang, 48 tahun, isteri dan tiga anaknya pantas keluar menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau, Nazari Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu, pasukannya seramai 11 anggota segera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Sebaik tiba di lokasi, api sedang marak memusnahkan rumah satu tingkat berstruktur tidak kekal itu.

“Operasi pemadaman terpaksa mengambil masa hampir dua jam sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya,” katanya.

Mengulas kejadian itu, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

Keluarga malang itu kini tinggal sementara di rumah saudara terdekat. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru