ANKARA: Ekonomi Turki jelas “terkepung” oleh negara kuasa besar Amerika Syarikat (AS) yang turut mengenakan sekatan ekonomi ke atasnya ekoran penahanan pendeta AS Andrew Brunson di Turki.

Turki turut mendakwa Brunson terlibat dengan gerakan Fethullah Gulen, ulama Turki yang kini berada di AS dituding berada di sebalik kudeta tentera yang gagal pada 2016.

Brunson ditahan dua tahun dan terancam hukuman penjara 35 tahun jika bersalah dan Turki tidak mempedulikan agar beliau dipindahkan ke AS.

Sengketa AS-Turki itu kini menyebabkan nilai tukaran mata wang Lira merudum 34 peratus semenjak Januari 2018 menjadi punca kenaikan harga barangan di pasaran.

Presiden AS Donald Trump kini turut menaikkan tarif cukai masuk bagi aluminium dan keluli ke atas Turki.

Foto : aybayrak.com

Berkomentar terhadap AS, Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov yang berada di Turki turut menyifatkan sekatan ekonomi oleh AS ke atas Turki termasuk Rusia ketika ini sebagai tidak sah.

Lavrov menyebut sekatan berkenaan sebagai cara Washington mendapatkan “keuntungan kompetitif yang tidak jujur dalam perdagangan global”.

AS tidak gembira dengan Turki kerana sikap pro-Rusia termasuk sedia membeli gas asli dari Iran yang merupakan musuh AS.

AS menyokong kumpulan pemberontak Kurdis di Syria, manakala Turki memerangi pemberontakan Kurdis.

Kini, pasaran modal Turki turun 17 peratus, sementara inflasi mencapai 15 peratus, sementara biaya peminjaman dana pemerintah meningkat 18 peratus setahun,

Erdogan mendesak warga Turki menjual dolar dan membeli lira untuk membantu menstabilkan mata wang tersebut.

Erdogan menyifatkan sangat jelas kini wujud senario mahu menjatuhkan Turki.

Seriusnya tindaka balas perang ekonomi Turki ke atas AS kali ini, sampaikan Erdogan mengeluarkan arahan agar Turki memboikot barangan elektronik keluaran AS termasuk iPhone.

“Jika (AS) punya iPhone, maka ada pilihan lain, Samsung,” kata Erdogan. –Sarawakvoice