Friday, September 30, 2022

400 gempa susulan berlaku di Lombok dijangka berterusan sebulan atau enam bulan

Secara Rawak

LOMBOK: Selepas gempa bumi sekuat 6.9 pada Skala Ritcher menggoncang Lombok pada Ahad lepas berlaku untuk kali kedua — terdapat lebih 400 lagi gempa susulan berlaku selepas itu.

Ini termasuk gempa sekuat 6.2 pada Skala Ritcher beraku pada Khamis lepas melumpuhkan pulau perlancongan itu.

Badan Bencana Kebangsaan (BNPB) mencatatkan 321 jiwa terkorban dalam tragedi merosakkan ribuan bangunan tersebut setekat ini dengan lebih 270,000 orang menjadi pelarian.

BMKG menjangka gempa susulan dan gempa kecil akan terus berlaku bagi tempoh sehingga sebulan lagi.

Ketua BMKG Mataram Agus Riyanto membandingkan bahawa gempa Jogja pada 2006 berlangsung selama enam bulan. –Sarawakvoice

Foto: Youtube

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru