Tuesday, October 4, 2022

Perancis mahu buka semula siasatan misteri kehilangan MH370?

Secara Rawak

PARIS: Menganggap laporan berkaitan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 gagal menjelaskan perkara sebenar berlaku kepada pesawat berkenaan, Perancis dilaporkan membuka kembali siasatan kehilangan pesawat tersebut.

Tanpa pengesahan rasmi kerajaan Perancis, akhbar Le Parisien melaporkan penyiasat Perancis merancang mengesahkan data dari Inmarsat, operator jaringan satelit global Britain, yang memantau “ping” pesawat berkenaan ke selatan Lautan Hindi, lokasi pesawat berkenaan dipercayai jatuh.

IBTimes melaporkan pada Khamis, penyiasat merancang mengesahkan kebenaran, terutama keaslian berkaitan semua data teknikal yang diterima.

Kehilangan MH370 hingga kini masih menjadi misteri dengan hanya petunjuk bahagian flaperon pesawat ditemui di Pulau Reunion serta sisa pesawat di pantai timur Tanzania dan pantai Afrika Selatan ditemui.

Gendarmerie of Air Transport (GTA) dibenarkan menyiasat sendiri kehilangan MH370 kerana terdapat empat warga Perancis di dalam pesawat berkenaan yang hilang 8 Mac 2014 ketika membawa 239 orang dalam perjalanan Kuala Lumpur-Beijing. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru