Saturday, August 20, 2022

Ian Gillan “hilang kerja” dua jam sebelum dilantik pimpin skuad Challenge Cup

Secara Rawak

KUCHING: Kurang dua jam setelah mengumumkan Ian Andrew Gillan direhatkan daripada memimpin pasukan Sarawak, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) membuat pusingan u.

Dalam satu lagi kenyataan lewat semalam, FAS mengumumkan tempoh rehat Gillan pula ditamatkan serta-merta.

Malah lebih menarik, khidmatnya dikerah untuk memimpin pasukan negeri bagi menghadapi saingan Challenge Cup.

Sarawak menghadapi musim muram dan suram pada tahun ini apabila gagal bersaing biarpun beraksi dalam Liga Premier.

Keputusan ‘flip flop’ ini mencetuskan sindiran oleh peminat bola sepak tempatan, terutamanya dalam kalangan pengguna media sosial.

Selain keputusan tidak menjadi tahun ini menjadikan skuad Sarawak terpalit pelbagai isu, daripada pertuduhan jual perlawanan terhadap dua pemainnya, hingga kepada pendedahan ketirisan RM91 juta dana FAS untuk musim-musim yang lalu. –Sarawakvoice

Foto: Bola.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru