Saturday, August 20, 2022

Penubuhan Bersatu di Sarawak tidak sah, kejeron, melanggar perlembagaan dan tanpa kelulusan MPT — Shariff Busrah

Secara Rawak

KUCHING: Penubuhan cawangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cawangan Sarawak memasuki episod baharu, apabila salah seorang daripada individu yang terlibat dalam mempromosinya, mendakwa tindakan dua lagi promoter parti itu di negeri ini sebagai tidak sah.

Shariff Busrah ketika dihubungi memberitahu, tindakan yang dilakukan oleh Johan Mohammad dan Affendi Jeman, yang sebelum ini mendakwa berjaya menubuhkan 22 Bahagian parti adalah melanggar perlembagaan parti.

“Mereka terlalu ‘kejeron’, tidak mendengar nasihat walaupun berulang kali dimaklumkan ia tidak sah dan melanggar perlembagaan.

“Saya menafikan saya terlibat dengan mereka,” katanya lagi.

Shariff berkata, beliau ada menyimpan amanat dan amanah daripada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penubuhan cawangan Bersatu di Sarawak dan kerana itu, pihak pimpinan pusat merujuk kepadanya berhubung hal parti.

“Saya lebih bersikap teliti dan cermat berhubung hal ini dan tidak mahu ia dijadikan agenda atau kepentingan peribadi.

Kata Shariff yang menjadi ahli sejak parti itu di Melaka, beliau akan berjumpa dengan Tun M dalam tempoh terdekat bagi menerangkan situasi yang berlaku.

“Penyertaan Bersatu dalam politik Sarawak memerlukan jangkamasa yang panjang dan teratur.

“Tun M telah pun diperjelas dan beliau menerimanya dengan baik.

“Kerana itu saya berani katakan penubuhan Bahagian parti oleh kumpulan Affendi dan Johan sebagai tidak sah dan terbatal.

“Mereka bukan sahaja melanggar perlembagaan, malah melakukannya tanpa kelulusan dan kebenaran Majlis Pimpinan Tertinggi parti,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru