Friday, September 30, 2022

Namanya Muhammad Gempa Rizki lahir ketika gempa membelah Lombok pada Ahad

Secara Rawak

LOMBOK: Ketika siri gempa bumi Ahad lalu berkekuatan 7 pada Skala Ritcher merempuh bumi Lombok, salah seorang ibu Sri Handayani Abdullah, 38, yang menjadi pelarian dalam tragedi itu melahirkan seorang bayi.

Kini bayi tersebut diberi nama Muhammad Gempa Rizki sempena tragedi yang mengorbankan 98 jiwa itu mencederakan 209 mangsa.

Muhamamd Gempa dilahirkan di kem penampungan Kecamatan Bayan, Lombok Utara pada Isnin sekitar 5 pagi waktu setempat.

Twitter @palangmerah pada Isnin mencatatkan: “Di sebalik musibah yang melanda #lombok ternyata ada berkah yg tak terkira bagi Ibu Sri Handayani (38). Beliau melahirkan bayi yg sihat dan comel di posko Kecamatan Bayan, Lombok Utara pukul 5 pagi tadi (6/8/2018). Bayinya diberi nama Muhammad Rizki Gempa, semoga sentiasa sihat.”

Gempa bumi melanda Pulau Lombok dan Sumbawa, Nusa Tenggara Barat hingga Bali pada Ahad lepas sekitar 7.46 malam waktu setempat.

Gegaran gempa tersebut turut dapat dirasai di Surabaya dan Malang.

Sebelum ini, pada 29 Julai lepas berlaku gempa dengan magnitud 6.4 pada Skala Ritcher. –Sarawakvoice

Foto Twitter @palangmerah

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru