Sunday, September 25, 2022

Duterte tandatangani perjanjian iktiraf Pulau Mindanao berstatus autonomi

Secara Rawak

MANILA: Akhirnya setelah lebih 20 tahun berbincang dan tertunda, Pulau Mindanao kini mendapat autonominya.

Pulau Mindanao mengandungi Basilan, Lanao del Sur, Maguindanao, Sulu, Tawi-Tawi dan Marawi.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte menandatangani perjanjian pemberian autonomi kepada pulau dihuni majoriti sekitar 3 juta penganut Islam itu.

Menurut RT pada Isnin Duterte yang juga presiden yang berasal dari Pulau Mindanao bulan lalu mengajukan rancangan Undang-undang (UU) Organik Bangsamoro kepada Parlimen Filipina mengizinkan pulau berkenaan diiktiraf sebagai wilayah autonomi.

Perjanjian itu diharapkan dapat mengurangkan konflik dalam hubungan Mindanao-Manila.

Pada 2017, tentera Filipina terlibat pertempuran lima bulan menangani isu ISIS yang menguasai Kota Marawi.

Pertempuran menewaskan lebih 1,000 jiwa termasuk 90 warga awam disifatkan sebagai konflik panjang di Filipina. –Sarawakvoice

Foto: Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru