Saturday, August 20, 2022

Bersatu Sarawak: Perebutan tiga pihak berakhir — Jamal

Secara Rawak

KUCHING: Tiga kumpulan yang membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempunyai masa kurang seminggu untuk menyelesaikan proses penubuhan Bahagian parti itu.

Difahamkan, ketiga-tiga pihak, biarpun pernah berkomunikasi, namun belum pernah bersemuka.

“Masing-masing menghidupkan Bersatu menerusi jaringan masing-masing.

“Saya sebetulnya menyertai parti Bersatu ini enam bulan yang lalu, manakala Shariff (Busrah) pada tahun 2016, menerusi jaringan di Melaka.

“Affendi Jeman juga pada tahun yang sama,” kata Jamal Mohammad yang bertindak sebagai Pengerusi Penaja.

Menurutnya, masing-masing mereka telah diamanahkan untuk menubuhkan sebanyak mungkin cawangan dan 31 Bahagian, dan kumpulannya telah berjaya menubuhkan 17 Bahagian dari Lawas ke Kuching.

“Terbaharu di Lawas dan Batang Lupar. Kami masih berusaha menubuhkan parti itu di kawasan Rajang,” tambahnya dalam sidang media malam tadi.

Shariff katanya, telah bersama-sama dengan pasukannya lebih awal dan tidak timbul isu mengenainya.

Parti Bersatu di Sarawak mempunyai ahli pelbagai etnik Bumiputera termasuk Orang Ulu.

Kata Johan, pihaknya merancang untuk bersemuka dengan semua kumpulan dalam tempoh terdekat bagi menyelaras dan menyatukan semua maklumat dan Bahagian yang telah ditubuhkan.

“Kita telah bersepakat dalam hal ini. Pada September, kita menjangkakan akan dapat mengadakan mesyuarat penubuhan yang rasmi,” tambahnya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru