Sunday, January 23, 2022

Anwar Presiden baru PKR, Azmin-Rafizi bertembung rebut timbalan presiden

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Sebaik sahaja pencalonan bagi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditutup 5 petang hari ini, jawatankuasa pemilihan parti itu mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan menjadi Presiden PKR.

Tiada sesiapa mencalonkan diri bagi jawatan tertinggi itu pada pemilihan berlangsung hujung bulan ini.

Sementara, penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali hari ini secara rasmi mengemukakan pencalonan bertanding semula jawatan tersebut.

Perkembangan terbaru ini menyaksikan pertembungan dua tokoh reformasi pada pemilihan kali ini dengan Rafizi Ramli turut menawarkan diri bertanding jawatan tersebut. –Sarawakvoice

Foto : Mole.my

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru