KANOWIT: Maut selepas dipukul dengan benda tumpul, itu kesimpulan bedah siasatan kematian

Nurnia Azalea Priscila Edward, 26 tahun pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan perkara itu, ketika ditanya hasil bedah siasat yang disempurnakan oleh patologis dari Kuching awal pagi tadi.

“Terdapat banyak kesan kecederaan yang berpunca daripada trauma benda tumpul, dan ia tertumpu pada bahagian muka, kepala dan leher.

“Sebahagian daripada kecederaan tersebut selari dengan trauma jerutan pada bahagian leher, pergelangan tangan dan kaki mangsa,” katanya.

Patologis dalam laporannya turut menyebut mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala mangsa, dengan pendarahan di bawah selaput serta permukaan otak.

“Mangsa turut retak tengkorak dan lebam yang menyeluruh di bawah kulit kepala, yang mengesahkan objek tumpul digunakan.

Sementara itu, jenazah Nurnia Azalea disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kanowit di sini pagi tadi.

Sementara itu, pihak polis kini melipatgandakan usaha memburu lelaki yang disyaki dapat membantu menyelesaikan kes tersebut, yang telah menghilangkan diri.

Philip Uja, 40-an dari Kanowit, dipercayai individu terakhir bertemu dengan mangsa.

Kelibat Philip yang gambarnya tular dalam media sosial turut dicam oleh seorang pemilik kedai membaiki telefon bimbit, setelah datang untuk memintanya membuka kata laluan telefon bimbit, dipercayai milik mangsa.

Turut ditularkan wajah Philip yang berbaju putih dan bertopi, yang sempat dirakam sistem litar tertutup. –Sarawakvoice

Gambar suspek