Tuesday, August 16, 2022

Polis buru Philip Uja untuk bantu selesaikan kes bunuh wanita diikat kaki tangan di Sibu

Secara Rawak

SIBU: Polis Sibu melancarkan gerakan memburu seorang lelaki dari Kanowit bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penjawat awam di sebuah bilik di Jalan Tiong Hua dekat sini semalam.

Ketuanya, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, identiti lelaki terbabit dikenal pasti sebagai Philip Uja, berusia dalam lingkungan 40-an.

“Kita percaya mangsa mengenali lelaki itu, namun belum mengenal pasti akan status hubungan mereka,”katanya pada sidang media di Balai Polis Sentral Sibu hari ini.

Polis katanya, tidak menolak kemungkinan mereka pernah berkenalan.

“Mangsa sebelum ini pernah mengadu kepada rakan sekerjanya bahawa dia pernah diganggu lelaki berkenaan.

Malah lelaki berkenaan juga dilihat berada di kawasan bilik sewa tersebut pada malam sebelum mangsa dipercayai dibunuh.

“Seorang jiran mangsa mengecam lelaki itu di kejiranan tersebut pada malam mangsa dibunuh.

“Malah seorang jiran yang tinggal di tingkat atas bilik sewa itu ada terdengar jeritan wanita sekitar jam 8 malam namun dia tidak memeriksanya,” jelasnya.

Stanley meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang lelaki itu boleh menghubungi Balai Polis Sentral Sibu di talian 084-336144. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru